Friday, 2 September 2011

Salam Aidilfitri 2011

Kehadiran syawal pada tahun ini mengembalikan nostalgia aku ketika arwah datukku masih ada di dunia yang fana ini.  Aku rindu akan suasana itu.  Nostalgia menyambut Ramdhan dengan membuat solat terawih 22 rakaat setiap malam, menyambut malam 7 likur, main bunga api, mercun dan meriam dan di pagi syawal bersalam - salaman memohon kemaafan kepada yang tua. Tetapi sekarang aku sedar setiap yang pergi pasti tidak akan kembali dan aku juga sedar keadaan itu tidak akan berlaku lagi dalam hidup ini.  Aku redha dengan ketentuan Ilahi.  Aku kini berada di perantauan, jauh di negeri orang untuk mencapai matlamat hidup ini.  Kini, aku menyambut syawal di tempat orang dan itu tidak menjadi masalah kepada aku lagi.  Sebagai anak perantau aku perlu tabah dalam menghadapi semua cabaran.  Aku sekarang menjangkau umur 20 tahun.  Lebaran kali ini tanpa mereka yang aku sayangi membuatkan aku sedikit hiba.  Namun, aku tidak sedikit pun lemah semangat kerana aku tahu, setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.  Oleh itu, ingin aku sampaikan Salam Lebaran, Aidilfitri buat ibubapaku yang jauh di mata namun dekat di hati.  Mohon maaf daripada hujung rambut sehingga hujung kaki atas segala silap dan salah yang lepas.  Mohon juga berkat doa agar aku berjaya dalam misi yang masih belum selesai ini...

No comments:

Post a Comment