Saturday 20 August 2011

Antara Kawan dan Kawan Baik...

Dalam sehari berapa lama kita bersosial? dan dalam kalangan itu, siapa pula kawan dan kawan baik kita? Berdasarkan pemerhatian saya, yang dikatakan kawan itu adalah mereka yang rapat dengan kita atas sebab yang tertentu manakala kawan baik adalah mereka yang berada di sisi kita ketika kita susah dan senang, sentiasa memberi semangat kepada kita dan memberi komen terhadap diri kita. Sehingga kini jujur saya katakan, saya terdapat ramai kawan tetapi yang dikatakan kawan baik adalah sebilangan kecil sahaja.  Sekali kita menyakiti hati kawan baik tersebut, dia tidak akan membenci kita malahan semakin rapat dengan kita.  Cuma kita sendiri tidak sedar akan hal tersebut.  Kita terlalu bangga dengan kejayaan yang kita kecapi sehingga kita sendiri terasa sepi pada suatu ketika.  Kegembiraan yang dahulunya hilang secara tiba - tiba atas sebab yang kita sendiri buat.  Kita sendiri yang membina tembok tersebut.  Tembok yang memisahkan antara kita dan dia.  Kekecewaan dalam sesuatu perkara akan membuat kita mencari semula rakan baik yang hilang.  Seorang diri berjalan di atas dunia ini tidak akan membantu kita dalam mencari erti sebenar kehidupan.  Kawan yang baik akan sentiasa hadir dalam hidup kita semua.  Kekecewaan tersebut biarlah diubati dengan Kegembiraan daripada kawan baik kita sendiri... 

Terima Kasih kepada semua...

No comments:

Post a Comment