Friday 28 October 2011

pengalaman bersama MPP UiTM Sarawak dan MPP UiTM Semalaysia

Lama dah x update blog ni wat kerana kesibukan hidup yg tiada hentinya..hehehe...pengalaman ini aku dapat apabila menjadi sekretariat MPP bagi UiTM Sarawak....bg aku ia adalah 1 pengalaman yg ckp bermakna. Para pemimpin dari setiap Cawangan UiTM datang dan berkonvensyen di UiTM  Cawangan Sarawak, Kampus Kota Samarahan..dlm menjayakan konvensyen ini, pelbagai tugas yg aku buat daripada sekecil kepada sebesar2 umat..hahaha..main2 je..hehehe..itu r...seronok dpt bekerjasama dlm 1 pasukan yang memahami antara 1 sama lain.  Alhamdulillah konvensyen ini dapat dilaksanakan dgn jayanya walaupun terdapat beberapa kesalahan teknikal sepanjang konvensyen ini diadakan.. jadi org disebalik tabir ni kena r aktif, klo tidak naya kita..org duk bermesyuarat kita kena bersiap supaya kerja yang hendak dilakukan seterusnya berjalan dgn lancar...aku berasa amat bertuah kerana dpat menjadi salah seorang daripada Sekretariat MPP UiTM Sarawak...terima kasih kepada semua..

Saturday 1 October 2011

Pengalaman aku semasa di SEmester 1

aku suka bila teringat balik waktu aku semester 1 masuk UiTM...first time jejak kaki kat Kota Samarahan...hahaha...kelam kabut waktu tu..mana xnya..dtg sehari awal daripada hari pendaftaran. waktu tu aku brsama dengan Naim daripada Johor,dan Taufiq daripada Perak...masuk 1 bilik r kami ini...bilik kami wktu tu nombor 3112, blok 3A Kolej Sri Mulu...hahaha...mcm2 perangai r kami ini...seorg ckp mcm tu, seorg lagi ckp mcm ni..nak menang je..hahaha....yg x blh blah bila dompet si Taufiq hilang malam tu waktu kami balik daripada Masjid solat Isyak..adui...sakit kepala nak mencari...esoknya hari pendaftaran...hahaha....yg lawaknya..aku dgn yg lain lupa plak Mahathir, Akmal, Shahir, Ardi and Remi wktu tu pun skali r pegi cari dompet si Taufiq ni...x jumpa gak...yg lawak bukan apa, kami pakai baju biasa, so yg baru ni panggil kami abang..hahaha..ingat senior r ni..hahaha...ntah pape r...dorg angkat tangan kami pun angkat tangan..hahaha...mmg tergelak besar r waktu tu...hehehe...lain kali aku cter plak pengalaman aku waktu Minggu Mesra Siswa (skrg dikenali sebagai Minggu Destini Siswa)...

antara aku dan dia...

bila terkenang semula kenangan ketika bersama dia, pelbagai cerita yang dpt aku ungkapkan...tapi itu semua x kisah r...janji bhagia...hari ini bermula dgn agak lewat.mana xnya..tido lewat smpai 2 pagi blaja AOM...pastu ptg blaja akaun sambil kuar dgn dia.....adui..dah blaja akaun blh tertido plak....apa ka??emh..so akibatnya malam ini lah...x blh nak tdo sebab mata x ngantuk lagi..xpe r...aku dah siap gak keje akhirnya...hehehe..ada 3 report lagi aku kena siapkan..yg lain alhamdulillah dah 50% siap....

Friday 30 September 2011

Geramnya Aku....

aku tau ko kaum yg lemah tapi bila tengking terasa, x tengking ko naik kepala..aku malas r nak gaduh besar..nnt klo gaduh mcm2 kuar daripada mulut aku ni...ko ingat ko bgus sgt ke?dah sorang, sorang lagi wat masalah..bagus r..aku rasa mmg korang semua mcm tu...aku x heran r korang nak jauh daripada aku tpi jgn r smpai aku sakit kepala nak fikir. aku pun ada masalah lain, ni nak fikir hal korang...adui...pegi r korang dgn life korang..aku malas nak masuk cmpur tapi nnt klo ko nak minta tolong SORRY TO SAY LAH...for sure aku akan jawab TENGOK LAH NNT...KEMUDIAN LAH...EMH....itu je jwpn aku..aku x suka nak bekerjasama dgn org mcm ni...wat tension je...

mAIn bAdmIntOn...

hahha...lama gila x main badminton..bila main balik tadi mcm kekok ckit..tapi xpe r baru nak mula balik.kalah pun hampir2 je....hahaha....panas badan r katakan...bergandingan saheri pada perlawanan pertama dan syafiq pada perlawanan kedua byk memberi perbezaan...klo ada peluang nak main lagi lah...xpuas main tadi...peluh pun x kuar habis( walaupun baju dah basah)...hahahaha..apa ka?? terima kasih r kepada fuad, syafiq, hafizudin, saheri, afiq and asyraf..lain kali main lagi k...

KeRJa, KeRJa DaN KeRJa

itulah yang sedang aku hadapi sekarang..tetapi itu semua aku x kisah, lagi byk kerja lagi bagus..dpat gak aku organize diri aku ini..emh...aku cukup terkilan apabila AJK aku  xwat kerja dgn btl..mgkin sebab aku pemimpin yg kurang tegas terhadap anak buahnya..tetapi nak tegas mcmmana lagi terhadap kaum hawa ini???bingung aku fikirkan hal ini..aku cuba buang jauh2 fikirkan hal ini..xkan nak aku jdi diktator seperti dahulu?aku risau org x suka kat aku..emh...nasib3..aku akan ambil pengajaran daripada perkara ini...tanggapan aku salah..x semua org pandai wat kerja dan x semua org x pandai x blh wat kerja..fikir2 kan lah...

Thursday 29 September 2011

Alhamdulillah

syukur ke hadrat Ilahi...dpt juga aku jawab paper Law tadi..owh...tidak aku sangka.apa yang aku baca semua keluar..aku bersyukur sgt.dah lah ari ni lain daripada yang lain, x pernah aku pergi ambil paper pakai jeans lagi..hahaha..kali ini baru pakai..al maklum lah...final year..hahaha...tapi xpe la..bukan selalu...sekali sekala je..hehehe.pape pun tq to abah and mak yg bg semangat semalam..kepada lecturer yang mengajar subjek Law ni, Madam Siniter Saba, tqvm...dpt jawab tadi bukan apa..ingt cara dia xplain kat dlm kelas je r..hehehe...

OMT360

Inilah kod untuk subjek corporate compliance. aku belajar ttg undang2..adui...tapi x r banyak mana pun...hari ni paper utk kod subjek ini..harap aku boleh wat..insya'Allah aku blh..aku dah usaha so sekarang ni tinggal tawakal je..aku terima segala kejadianNya...

bantu Miss + study Law

hari ini adalah hari yang agak sibuk bagi aku...esok ada paper law..pastu bantu miss angkat kerusi daripada stor ke bilik perdana...aku, fuad dan syafiq..peh penat kut..rasa mcm ada muscle plak kat tangan ni..hahaha..emh...law pula..esok paper law, so aku ada la baca 3,4 chapter..malam ini nak sambung lagi. klo x baca alamatnya, habis lah aku esok. walaupun carry mark aku tinggi tetapi aku nak wat yang terbaik. ada abah call tadi, tanya sal kasut untuk berbasikal..dia suruh aku cari kasut sport yang tapak nipis..emh..mana nak cari..duit pun xde.duit nak makan ada r..klo nak beli kasut pula mana nak dapat duit..so aku cadang nak guna kasut sekolah..ringan gak kut.hehehe...cantik punya...pape pun..selamat pulang kepada joe..dan tidak lupa juga kepada syazmi...ari ahad ko balik kampus kan??ajar aku akaun nnt k..hehehe...

Wednesday 28 September 2011

bila Komander masuk Bandar

Inilah yang aku buat semalam. Aku pergi ke bandar Kuching untuk update information aku tentang Broadband Maxis. Broadband ini pun aku baru dapat hari selasa lepas. Lepas Maxis offer aku dapat broadband ini. Hehehehe..Aku ambil aje lah..Berbalik kepada hal aku keluar dengan geng komander..Mula-mula aku nak pegi Maxis Centre je..last - last berjalan juga aku..Syazmi dia nak beli kasut dengan seluar sukan yang Boy pula nak jalan-jalan je..mana-mana je r..aku ikut je r...dalam perjalanan banyak benda yang aku lihat. biasalah, sejak belajar organization behavior ni baru aku tahu sikap sebenar manusia. Aku baru sedar, dalam dunia ni tak sume benda kita boleh ikut tapi itulah..yang jahat itulah yang kita nak ikut, yang baik xnak pula..terpulanglah pada kita nak ikut jalan bengkok atau jalan lurus...

Friday 2 September 2011

Salam Aidilfitri 2011

Kehadiran syawal pada tahun ini mengembalikan nostalgia aku ketika arwah datukku masih ada di dunia yang fana ini.  Aku rindu akan suasana itu.  Nostalgia menyambut Ramdhan dengan membuat solat terawih 22 rakaat setiap malam, menyambut malam 7 likur, main bunga api, mercun dan meriam dan di pagi syawal bersalam - salaman memohon kemaafan kepada yang tua. Tetapi sekarang aku sedar setiap yang pergi pasti tidak akan kembali dan aku juga sedar keadaan itu tidak akan berlaku lagi dalam hidup ini.  Aku redha dengan ketentuan Ilahi.  Aku kini berada di perantauan, jauh di negeri orang untuk mencapai matlamat hidup ini.  Kini, aku menyambut syawal di tempat orang dan itu tidak menjadi masalah kepada aku lagi.  Sebagai anak perantau aku perlu tabah dalam menghadapi semua cabaran.  Aku sekarang menjangkau umur 20 tahun.  Lebaran kali ini tanpa mereka yang aku sayangi membuatkan aku sedikit hiba.  Namun, aku tidak sedikit pun lemah semangat kerana aku tahu, setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.  Oleh itu, ingin aku sampaikan Salam Lebaran, Aidilfitri buat ibubapaku yang jauh di mata namun dekat di hati.  Mohon maaf daripada hujung rambut sehingga hujung kaki atas segala silap dan salah yang lepas.  Mohon juga berkat doa agar aku berjaya dalam misi yang masih belum selesai ini...

Saturday 20 August 2011

Antara Kawan dan Kawan Baik...

Dalam sehari berapa lama kita bersosial? dan dalam kalangan itu, siapa pula kawan dan kawan baik kita? Berdasarkan pemerhatian saya, yang dikatakan kawan itu adalah mereka yang rapat dengan kita atas sebab yang tertentu manakala kawan baik adalah mereka yang berada di sisi kita ketika kita susah dan senang, sentiasa memberi semangat kepada kita dan memberi komen terhadap diri kita. Sehingga kini jujur saya katakan, saya terdapat ramai kawan tetapi yang dikatakan kawan baik adalah sebilangan kecil sahaja.  Sekali kita menyakiti hati kawan baik tersebut, dia tidak akan membenci kita malahan semakin rapat dengan kita.  Cuma kita sendiri tidak sedar akan hal tersebut.  Kita terlalu bangga dengan kejayaan yang kita kecapi sehingga kita sendiri terasa sepi pada suatu ketika.  Kegembiraan yang dahulunya hilang secara tiba - tiba atas sebab yang kita sendiri buat.  Kita sendiri yang membina tembok tersebut.  Tembok yang memisahkan antara kita dan dia.  Kekecewaan dalam sesuatu perkara akan membuat kita mencari semula rakan baik yang hilang.  Seorang diri berjalan di atas dunia ini tidak akan membantu kita dalam mencari erti sebenar kehidupan.  Kawan yang baik akan sentiasa hadir dalam hidup kita semua.  Kekecewaan tersebut biarlah diubati dengan Kegembiraan daripada kawan baik kita sendiri... 

Terima Kasih kepada semua...

Thursday 18 August 2011

Sempena Raya Kali Ini...

''EMAK MANA?'' confirm touching!

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada ibubapa saya di kampung.  Maaf kerana tidak dapat pulang ke kampung atas faktor - faktor yang tidak dapat dielakkan...

Baru ku Tahu...

Assalamualaikum.  Hari baru aku sedar sesuatu.  Kerja di sebuah organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini dapat aku rungkaikan daripada pengalaman  aku pada 17/08/2011 ketika aku melawat Mahkamah Kuching.  Aku dapat lihat penjenayah dibawa masuk ke kandang untuk dibicarakan.  Malangnya perbicaraan tidak dapat dilaksanakan atas faktor - faktor yang aku sendiri tidak faham istilah bahasa yang digunakan..faham - fahamlah kalau dah dalam bahasa inggeris.  Penggunaan bahasanya sangat luas.  Tetapi apa yang aku tidak dapat tahan apabila melihat sendiri sel sementara dia. Nama pun sel atau lebih dikenali sebagai penjara, bau dia punyalah kuat.  Tidak dapat aku tahan bau dia.  Ada yang nak muntah. Itu semua pangalaman yang berharga bagi aku.  Setelah melihat sel, kami melawat pula ke pejabat pentadbiran dan perpustakaan di sana.  Kami mengetahui sejarah penubuhannya sehinggalah sekarang.  Pengalaman ini tidak akan dapat aku lupakan sampai bila - bila.  Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama.  

 
Mahkamah Kuching, Sarawak