Monday 15 August 2011

Aku oRanG NomAd...

Assalamualaikum semua...mesti kamu semua rasa pelik kan...kenapa tajuk dia begitu??Emh...tapi itulah saya. setelah dilahirkan di dunia ini saya telah mula bergerak ke seluruh pelusuk negara Malaysia ini. Nak tahu mengapa?? Ini semua kerana saya ANak TEntera...untuk menjadi seorang anak tentera adalah satu tanggungjawab yang besar kepada saya.  Hal ini kerana rasa hormat saya kepada bapa saya dan demi menjaga nama baik beliau, banyak perkara perlu saya timbang balik dalam melakukan sesuatu.  itulah yang berlaku kepada saya pada setiap detik. Tetapi saya suka kerana ia telah mematangkan diri saya sendiri dalam melaksanakan tugasan.  Kalau tidak, mana mungkin saya akan berada di tempat saya berasa sekarang. Oleh itu, saya tidak akan menafikan yang SAYA ANAK TENTERA...kepada semua yang bapanya seorang tentera. Banggalah dengan bapa atau ibu anda yang bekerja sebagai tentera. Pengorbanan mereka terlalu besar kepada agama, bangsa dan negara. Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kamu ketika kecil....Wasalam...

No comments:

Post a Comment